Tuesday, July 6, 2010

Anai-Anai Musuh Yang di Geruni



Anai-anai atau nama saintifiknya Order Isoptera merupakan serangga berbadan lembut dan membina sarangnya dari bahan tanah yang boleh mencapai 6 meter atau 20 kaki tinggi. Ianya Sejenis serangga yang menjadikan makanan utama bahan kayu dan ini menyebabkan mereka menjadi serangga perosak yang wajar digeruni oleh semua. Tambahan pula serangan mereka bagaikan satu pasukan 'elite' yang bertindak tanpa dapat dikesan pada awal permulaan. Apabila kehadirannya dikesan barangkali ketika itu kerosakan sudah berada dalam skala yang besar. Ini kerana mereka bertindak di bawah ataupun di dalam permukaan. Masalah anai-anai tidak boleh di pandang remeh kerana ianya memberi ancaman yang besar pada kediaman anda terutama bagi kediaman yang berasaskan kayu. Ianya bukan saja menyerang struktur rumah malah turut merosakkan perabot, almari malah kertas dan buku beserta pakaian yang tersimpan dalam almari tidak terlepas daripada menjadi sasaran.Serangan anai-anai meliputi apa saja yang berstrukturkan kayu seperti rangka tingkap, lantai kayu, rangka pintu seterusnya hingga ke kerangka bumbung. Ini amat serius dan meletakkan kediaman diparas bahaya. Serangan ianya bermula dari bawah tanah dan kemudian membina rangkaian dicelah-celah rekahan menuju ke sasaran-sasaran mereka termasuk jauh ke bahagian bumbung.

No comments:

Post a Comment