Saturday, July 10, 2010

Tentang kami Renpest Services

Renpest Services merupakan sebuah syarikat milik bumiputera yang memberikan perkhidmatan kawalan dan penghapusan serangga perosak terutama sekali anai-anai. Syarikat yang berdaftar dengan PCAM ataupun Pest Control Association Malaysia ini dahulunya beroperasi di No. 7, Arked Sri Makmur, Jalan Hospital (Lama), Kulim, Kedah. Kini pejabat operasinya telah berpindah ke sebuah premis yang terletak di Taman Kota Kenari, Kulim Kedah. Dahulunya Renpest Sevices diterajui oleh Allahyarham En. Norin bin Osman dan kini ianya di ambilalih oleh En. Fazil bin Osman selaku Pengarah Urusan, Pn. Marzuin binti Zaini sebagai Pengurus Pentadbiran dan Operasi syarikat dan En. Khairul Nizam Kassim sebagai Penolong Pengurus. Dengan pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang kawalan serangga perosak ini, Renpest Services telah menjalankan kerja-kerja
rawatan tanah di tapak-tapak projek bukan sahaja di Tesco Sg. Petani (Lagenda Height) dan Tesco (Bakar Arang), malah semua bangunan pasaraya Tesco diseluruh negara. Juga bangunan kerajaan seperti Bangunan Agensi Dadah Kebangsaan
(AADK) Daerah Kuala Muda, Ibu Pejabat Polis Daerah Baling. Renpest Services sedia memberi khidmat dalam penghapusan anai-anai di sekitar Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Marzuin Zaini - Pengurus













Langkah-Langkah Dan Rawatan Untuk Tangani Anai-Anai

Bagi anda yang menghadapi masalah dengan anai-anai langkah dan rawatan pencegahan perlu diambil segera bagi mengekang kemaraan Si pemusnah kerana ianya akan membawa kepada kemusnahan kediaman anda. Sebab itu kepekaan dan keperihatinan anda diperlukan agar tidak mengambil mudah pada kewujudan sarang serangga pemusnah ini sekitar kediaman anda. Langkah-langkah penghapusan perlu segera dilakukan sebolehnya pada peringkat awal sarang dikenalpasti sebelum koloni ini terus aktif.
Bagi kami di Renpest Services, kami menyediakan perkhidmatan kawalan dan penghapusan anak-anai ini.

Tuesday, July 6, 2010

Anai-Anai Musuh Yang di Geruni



Anai-anai atau nama saintifiknya Order Isoptera merupakan serangga berbadan lembut dan membina sarangnya dari bahan tanah yang boleh mencapai 6 meter atau 20 kaki tinggi. Ianya Sejenis serangga yang menjadikan makanan utama bahan kayu dan ini menyebabkan mereka menjadi serangga perosak yang wajar digeruni oleh semua. Tambahan pula serangan mereka bagaikan satu pasukan 'elite' yang bertindak tanpa dapat dikesan pada awal permulaan. Apabila kehadirannya dikesan barangkali ketika itu kerosakan sudah berada dalam skala yang besar. Ini kerana mereka bertindak di bawah ataupun di dalam permukaan. Masalah anai-anai tidak boleh di pandang remeh kerana ianya memberi ancaman yang besar pada kediaman anda terutama bagi kediaman yang berasaskan kayu. Ianya bukan saja menyerang struktur rumah malah turut merosakkan perabot, almari malah kertas dan buku beserta pakaian yang tersimpan dalam almari tidak terlepas daripada menjadi sasaran.Serangan anai-anai meliputi apa saja yang berstrukturkan kayu seperti rangka tingkap, lantai kayu, rangka pintu seterusnya hingga ke kerangka bumbung. Ini amat serius dan meletakkan kediaman diparas bahaya. Serangan ianya bermula dari bawah tanah dan kemudian membina rangkaian dicelah-celah rekahan menuju ke sasaran-sasaran mereka termasuk jauh ke bahagian bumbung.